fbpx

Gol kontroversi Seonung jadi perdebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JARINGAN Seonung ketika membantu Perak FC menewaskan Penang tiba-tiba panas dan menjadi perdebatan peminat bola sepak tanah air.

ISU kualiti pengadil tempatan seakan-akan bertambah parah apabila isu jaringan ketiga Perak pada aksi menentang Penang FC di Stadium Perak kelmarin menimbulkan pelbagai rungutan dalam kalangan peminat bola sepak negara.

Tuan rumah memperoleh kemenangan 3-1, namun gol oleh Seo Seonung di babak kedua jelas jadi perdebatan kerana bintang import The Bos Gaurus itu seakan-akan jelas berada di kedudukan offside.

Daripada sudut pandang pemain, Seonung seperti mendapat ‘durian runtuh’, malah pada awalnya dilihat langsung tidak meraikan jaringan berkenaan sebelum gol itu disahkan oleh pe­ngadil perlawanan, Mohd. Hasrol Mohd. Amir.

Kedua-dua pengendali pasukan, Yusri Che Lah (Perak) dan Chong Yee Fat (Penang) juga seakan-akan tiada jawapan tepat apabila masing-masing mendakwa tidak mendapat gambaran jelas mengenai insiden berkenaan.

Secara dasarnya, pendekatan kedua-dua jurulatih ini se­perti dapat diduga bagi mengelak dikenakan hukuman atas kesalahan bercakap mengenai mutu pengadilan.

“Sebenarnya saya tidak sempat tengok gol itu dan selepas diberitahu jaringkan itu sah, saya hanya meraikannya. Saya tidak tahu kedudukan sebenar, mungkin ini rezeki buat pasukan kami,” kata Yusri.

“Saya tidak dapat gambaran jelas dan saya tidak pasti apa yang terjadi,” kata Yee Fat.

Dua lagi gol Perak dihasilkan Luciano Guaycochea dan Wan Zack Haikal Wan Nor, manakala jaringan tunggal Penang dijaringkan oleh Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI