TAMPIN – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bakal membuang undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bagaimanapun, butiran masanya masih belum ditentukan lagi.
“Saya undi di Kota di Negeri Sembilan di Parlimen Rembau. Undi tu rahsia,” katanya dengan nada berseloroh kepada pemberita ketika ditemui membantu kempen calon PN DUN Gemas, di Felda Jelai, di sini, hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Khairy Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memperoleh 36,096 undi. – KOSMO! ONLINE