fbpx

DBKL sita 3 barang penjaja Myanmar, keluar 46 kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL menjalankan pemeriksaan premis jualan ayam dan itik menerusi Operasi Tindakan Khas Permis Perniagaan di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Sebanyak tiga tindakan sita dikenakan ke atas barangan penjaja warga Myanmar menerusi Operasi Tindakan Khas Permis Perniagaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

DBKl dalam kenyataan berkata, operasi di sekitar pasar borong Kuala Lumpur dan Selayang itu melibatkan empat premis pemprosesan jualan ayam dan itik, sayur, buah serta restoran.

Menurutnya, ia susulan aduan bahawa kesemua premis berkenaan menimbulkan kacau ganggu awam melibatkan isu kekotoran, halangan laluan dan bau busuk.

“Sebanyak dua kompaun dikenakan ke atas pemilik premis yang melantik pembantu tanpa kebenaran dan meletakkan barangan perniagaan di kaki lima premis serta tiga tindakan sita barangan perniagaan penjaja warga Myanmar.

“Selain itu, sejumlah 37 notis kompaun dikeluarkan berkaitan kesalahan lalu lintas terhadap kenderaan yang membuat halangan di tempat awam termasuk sebuah kenderaan buruk yang tersadai,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan DBKL turut mengeluarkan satu Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan tujuh kompaun bagi kesalahan menyebabkan kekotoran dalam premis perniagaan.

“Kesemua tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, Akta Jalan Parit Bangunan 1974 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Barangan dan peralatan perniagaan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk proses dokumentasi lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI