fbpx

Calon Bakar Arang tekad jadi pengantara 57,000 pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Loh (tiga dari kanan) meninjau penduduk membeli-belah sempena Jualan Rahmah di Bakar Arang di Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Arang, Adam Loh Wei Chai mahu menjadi penghubung suara 57,000 rakyat di kawasan itu dengan kerajaan negeri.

Beliau yang juga Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sungai Petani berkata, ia bagi memastikan suara rakyat yang meliputi 51 peratus bukan Melayu dan 49 peratus Melayu tersebut dapat didengari ke­pimpinan ne­geri.

“Selain meneruskan legasi kepimpinan wakil rakyat terdahulu melalui politik khidmat, saya juga akan terapkan politik idea dalam kepimpinan jika terpilih menduduki kerusi ini.

“Menggunakan pengalaman berkhidmat sebagai pegawai khas kepada penyandang kerusi ini, Simon Ooi dan penglibatan dalam banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu saya menggarap idea memajukan Bakar Arang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah itu lagi, hubungan baiknya dengan pengundi Melayu selama ini juga membolehkan beliau bergaul mesra dengan mereka.

“Saya yakin prestasi kerja di belakang tabir selama ini turut menjadikan PKR diterima baik di DUN ini selama dua penggal.

“Walaupun pengundi bukan Melayu sebanyak 51 peratus, tetapi kami hidup dalam suasana harmoni tanpa meminggirkan mana-mana kaum,” ujarnya.

Beliau yang juga ahli perniagaan berkata, antara teras utama ideanya yang akan direalisasikan ialah menangani masalah kesesakan trafik di Su­ngai Petani dan membina stadium dengan prasarana lengkap untuk kemudahan anak muda bersukan.

“Daerah ini terletak di tengah-tengah di antara daerah Yan dan sempadan Pulau Pinang yang memerlukan prasarana lengkap membabitkan lokasi sukan disediakan kepada golongan sasar.

“Proses melancarkan trafik di kawasan bandar perlu diteliti dan ditangani bagi memudahkan pergerakan berbanding sekarang yang kerap sesak,” jelasnya.

DUN Bakar Arang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Adam Loh dengan calon Perikatan Nasional, Raymond Tai Kuang Tee dan Parti Rakyat Malaysia Tan Kee Chye.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI