fbpx

Bayern digesa tandatangani De Gea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA dilihan pilihan terbaik selepas calon utama, Raya menolak tawaran Bayern kerana mahu menyertai Arsenal. – AFP

MUNICH – Bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea dilihat sebagai calon paling ideal buat Bayern Munich kerana berpotensi menggantikan tempat Manuel Neuer pada masa depan.

Ia diakui legenda Bayern, Lothar Matthaus yang menggesa bekas kelabnya itu agar menandatangani De Gea, 32, secepat mungkin atas faktor mereka kekurangan seorang penjaga gol buat masa ini.

Ia susulan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer yang tiba di Munich enam bulan lalu, telah berhijrah menyertai Inter Milan dan kini meninggalkan Neuer dan pilihan ketiga, Sven Ulreich.

Justeru, Matthaus, 62, merasakan De Gea sebagai pilihan terbaik selepas calon utama iaitu penjaga gol Brentford, David Raya menolak tawaran Bayern kerana mahu menyertai Arsenal.

Difahamkan, Raya bakal dipinjamkan ke Arsenal dengan harga £3 juta (RM17.45 juta) sebelum melengkapkan perpindahan itu secara tetap hujung musim ini menerusi nilai £27 juta (RM157.02 juta).

“Kalau saya berada di Bayern, saya akan pergi kepada De Gea kerana saya percaya dia juga akan berbuat sedemikian. Bayern perlukan seorang penjaga gol berkelas dunia untuk menggantikan Neuer.

“Tak mustahil De Gea akan menjadi penjaga gol No.1 Bayern. Ia bukan mengenai wang tetapi peluangnya untuk bermain dengan salah satu kelab terbaik dunia,” kata Matthaus.

Penjaga gol antarabangsa Sepanyol itu masih merupakan ejen bebas selepas memilih untuk tidak melanjutkan kontraknya bersama The Red Devils. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI