fbpx

[VIDEO] Saya menyanyi-nyanyi datang mahkamah – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE lelah menjawab telahan netizen yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua - AFIQ RAZALI.

SHAH ALAM – Pelakon Diana Danielle tidak meletakkan sebarang tekanan terhadap dirinya mengenai keputusan perceraian dengan suaminya, aktor Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.

Diana, 32, juga akan menerima sebarang keputusan mahkamah dan ketentuan Tuhan berkaitan rumah tangganya hari ini dengan hati terbuka.

“Saya tidak stres dan menyanyi-nyanyi sebelum datang mahkamah.

“Saya tidak mempunyai sebarang harapan dan enggan meletakkan jangkaan untuk prosiding perceraian hari ini.

“Dengan hati terbuka, saya akan terima dengan apa sahaja. Akan ikut sahaja aturan dan ini semua ketentuan dan enggan bercakap lebih-lebih,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.

Baginya, pergolakan rumah tangganya juga sudah berlarutan dalam tempoh masa yang lama dan tiada keperluan untuknya berasa sedih dan menangisi perkara tersebut.

“Sebab tiada alasan untuk berasa tertekan, perkara sudah berlarutan selama berbulan-bulan. Saya juga enggan paksa diri untuk sedih walaupun ada rasa tersebut.

“Selain itu, semua komunikasi antara saya dan Farid setakat hari ini hanya melalui peguam kami,” ujar bintang filem Imaginur itu.

Bagaimanapun, kelibat Farid tidak kelihatan di mahkamah hari ini dan hanya diwakili peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Prosiding hari ini juga bakal berlangsung secara atas talian iaitu menerusi aplikasi Zoom.

Isnin lalu, peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader memberi bayangan kemelut rumah tangga pasangan selebriti berkenaan dijangka menemui titik noktah hari ini dan semua kes berkaitan perceraian bakal diselesaikan secara menyeluruh.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI