fbpx

UMT bantu PTPTN tingkat kesedaran bayaran balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (tiga dari kanan) dan Ahmad Dasuki beramah mesra dengan dua pelajar UMT yang menerima sumbangan tablet daripada PTPTN pada majlis menandatangani kerjasama di UMT, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjalin kerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi meningkatkan kesedaran menunaikan pembayaran balik pinjaman dalam kalangan pelajarnya.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, pihaknya juga berhasrat membudayakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.

“Kami komited membantu PTPTN meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar dan staf terhadap perkhidmatan yang ditawarkan agensi tersebut.

“Kita juga akan mencambah beberapa idea baharu bersama-sama PTPTN untuk membantu masyarakat mencatur masa depan mereka,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama berkenaan bersama Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Mazlan berkata, berdasarkan perjanjian tersebut, UMT akan membantu PTPTN meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan khususnya berkaitan kebajikan pelajar.

Tambah beliau, UMT dan PTPTN juga akan berganding bahu dalam menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) .

“Program CSR itu memberi manfaat kepada pelajar universiti dan masyarakat setempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI