fbpx

Tiada air mata, Diana doakan terbaik buat Farid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE

SHAH ALAM – Pelakon Diana Danielle mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, Farid Kamil selepas mereka sah bercerai secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.

Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata, perceraian yang berlaku hari ini membuka lembaran baharu dalam hidupnya dan Farid.

Selain itu, Diana yang kelihatan tenang enggan berkongsi secara terbuka mengenai perasaannya ketika menerima lafaz cerai daripada Farid.

“Sekurang-kurangnya kami boleh tutup buku dan dia (Farid) dapat mulakan hidup baru.

“Untuk perasaan ketika menerima lafaz cerai, rahsia. Saya tak mahu cakap keadaan itu sebab semuanya terlalu peribadi.

“Memang sukar untuk kami. Bukan perkara mudah untuk saya dan Farid hadapi,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding lafaz cerai hari ini.

Dalam pada itu, Diana melahirkan rasa syukur kerana prosiding lafaz cerai berakhir dengan aman seperti yang dimohon sebelum ini.

Bahkan, segala perasaan duka yang dialaminya juga tidak akan dipaparkan kepada umum dan hanya dirinya sahaja mengetahui segala-galanya.

“Alhamdulillah berakhir di sini, saya mendoakan yang terbaik untuk dia, diri sendiri dan anak-anak kami.

“Tiada air mata? Saya sudah bersedia secara mental untuk hari ini dan semuanya di belakang pintu sahaja (gambaran perasaan).

“Gelaran ibu tunggal, saya macam biasa dan akan lakukan tanggungjawab serta amanah. Kami lakukannya satu demi satu dan cuba memberi yang terbaik untuk anak kami,” katanya yang enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan anak-anaknya.

Mengulas laniut mengenai rasa sedih yang disimpan rapi, dia enggan memberi sebarang tanggapan negatif memandangkan dirinya adalah figura yang dikenali ramai.

Diana juga enggan memberi sebarang kenyataan berkaitan Farid memandangkan bekas suaminya tidak hadir ke mahkamah hari ini.

“Memang nampak kuat, belakang pintu hanya saya sahaja yang tahu dan depan-depan beginilah. Saya tak mahu bagi persespsi salah terhadap orang ramai. Orang kenal saya dan saya ada macam-macam perasaan di belakang.

“Saya tak mahu bercakap tentang orang yang tiada di sini dan sangat hormat orang di sana. Saya lihat wajahnya tadi ketika lafaz cerai,” tuturnya lagi.

Ditanya fokus selepas bercerai, Diana berkata, anak-anak menjadi keutamaannya selepas ini selain masih mencari arah dalam menjalin semula hubungan baik dengan Farid terutama berkaitan dua cahaya mata mereka.

“Secara spesifik, saya dalam idah dan itu yang akan jadi fokus dan ada tanggungjawab jaga anak-anak dan kami akan sama sama cari momentum baharu,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI