fbpx

Tawaran PN Selangor menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Ketua Penerangan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan Buku Tawaran PN Negeri Selangor baru-baru ini.

SHAH ALAM – Tawaran Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat Selangor disifatkan menyeluruh kerana ia tidak meminggirkan mana-mana kumpulan tertentu termasuk golongan wanita.

Bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion, golongan wanita antara yang menjadi agenda utama untuk diperkasakan.

Seorang anak jati Selangor, Dayang Amalina Hussin, 33, berkata, tawaran daripada Tunjang 5 sejajar dengan peranan wanita yang bukan sahaja menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang, malah antara sumber penggerak ekonomi utama negara.

DAYANG AMALINA

“Melihat kepada tawaran itu, PN berkeyakinan bahawa wanita boleh bersama-sama menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negara.

“Selain wang tunai, bantuan sokongan dalam menyediakan latihan kemahiran, khidmat kaunseling dan motivasi sangat bermakna bagi mereka yang bergelar ibu tunggal,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam.

Menurut pekerja swasta ini, apa yang ditawarkan itu mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tetapi besar impaknya jika ia berpeluang untuk dilaksanakan.

“Contohnya seperti Dana Khas RM50 juta untuk agensi kerajaan negeri dan syarikat swasta bagi membuka pusat asuhan baharu di tempat kerja selain Inisiatif Asuh Prihatin.

“Bantuan yuran pengasuhan kanak-kanak sebanyak RM150 setiap bulan pula, hakikatnya satu jumlah yang besar bagi keluarga yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Dana Foodtruck Selangor sebanyak RM50 juta turut menarik minat para penjaja di sekitar Selangor memberi semangat baharu bagi seorang peniaga gerai pelbagai minuman dan makanan, Mohd. Fauzie Ahmad Osasi, 36.

Mohd. Fauzie berkata, pinjaman tanpa faedah kepada penjaja untuk memiliki food truck (kenderaan saji), bukan sahaja membantu peniaga sepertinya mengembangkan perniagaan, malah menjauhi amalan riba.

“Sudah tiga tahun saya berniaga di tepi jalan dan ada perancangan untuk dapatkan food truck tapi kewangan masih belum mengizinkan.

“Senang kalau ada food truck sebab saya boleh bergerak ke lain-lain tempat khususnya di kawasan tumpuan ramai orang,” katanya.

Selain menambah pendapatan, Mohd. Fauzie berkata, perniagaan food truck dapat jimatkan masa dan dana ini dapat membantu rakyat menjana wang tambahan.

“Bukan sahaja boleh tambah pendapatan tapi menjimatkan masa juga terutamanya untuk mengemas barang-barang niaga kerana semuanya boleh disimpan dalam food truck.

“Makin ramai yang berminat berniaga dan membuka gerai tepi jalan jadi dengan tawaran ini, ia akan membuka ruang kepada lebih ramai rakyat untuk turut terlibat dalam bisnes ini.

“Jika kepercayaan berjaya diraih nanti, pastikan janji ditepati kerana tiada tawaran sedemikian sebelum ini,” katanya.

SALLEHUDDIN

Sementara itu, golongan belia yang menjadi aset berharga negara turut menjadi antara agenda utama dengan beberapa tawaran termasuk mereka yang terlibat dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-panggilan),

Seorang pekerja p-panggilan, Salllehuddin Mohd. Amin, 30, yakin bahawa tawaran PN berhubung bantuan kepada golongan belia ini bertepatan dengan trend ekonomi semasa.

Katanya, Tawaran RM700 setahun di bawah Skim Selangor Riders untuk perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan motosikal amat dinanti-nantikan oleh mereka yang terlibat.

“Tawaran ini membuatkan kami rasa wujud dan ‘dipandang’. Harap ia direalisasikan jika menang tetapi ketika memerintah sebelum ni pun, PN banyak bantu rakyat,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI