fbpx

Syahir tak jawab soalan, hanya membaca – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (kiri) dan Mohd. Syahir.

PETALING JAYA – ‘Saudara Syahir tak menjawab soalan dan hanya membaca’

Demikianlah kata-kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini selepas majlis Debat Rafizi VS Syahir: Model Baharu Ekonomi Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Ujarnya, dia cuba mendengar dengan teliti hujahan-hujahan yang dibentangkan oleh Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd. Syahir Sulaiman ketika pusingan kedua.

Namun, Mohd. Syahir dikatakan tidak menjawab soalan malah ‘berpusing-pusing’ hanya untuk memanjangkan jawapan yang dilontarkan.

“Saya teliti hujahan-hujahannya. Malangnya, saudara Syahir tak menjawab soalan dan hanya membaca.

“Sebab itu saya ajak berbahas kerana rekod-rekod daripada Presiden Pas sampai ke orang paling pandai dalam Pas pun moderator tanya soalan lain dia tak jawab dia pusing-pusing,” katanya.

Tambahnya lagi fungsi debat yang dilaksanakan adalah untuk mendedahkan kepada rakyat tentang pelan ekonomi yang dibentangkan oleh Pas.

“Rakyat tengok nak dengar apa pelan ekonomi Pas, bukan dengar saudara baca,” tulisnya.

Semalam, berlakunya debat antara Rafizi dan Mohd. Syahir yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Debat tersebut mendapat perhatian meluas dan tular di media sosial hari ini terutamanya dalam kalangan golongan muda yang banyak berkongsikan potongan klip daripada program tersebut.

Ada diantara mereka menyifatkan intipati yang dikemukakan oleh Mohd. Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok itu tidak menjawab soalan malah hanya sekadar memanjangkan masa perdebatan.

Namun ada juga yang memuji tindakan berani Mohd. Syahir untuk kesudian berdebat bersama Rafizi walaupun beberapa ahli politik menolak sebelum ini.

“Rafizi bila ulas lima minit, dari minit pertama sampai akhir, jalan cerita tersusun, dia bagi kita faham apa visi dia,” komen Farhan.

“Ramai yang hina dan kutuk YB Mohd. Syahir tetapi sepatutnya dipuji sebab berani berdebat dengan Rafizi Ramli,” komen seorang pengguna pula. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI