fbpx

Pulau Pinang kekal kubu PH walaupun berlaku undi protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABUNGAN PH-BN dikatakan mampu mempertahankan Pulau Pinang pada PRN kali ini. -GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Pulau Pinang dilihat kekal berada dalam kubu ‘keramat’ Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, namun dijangka berlaku penyusutan jumlah undi ekoran budaya undi protes dalam kala­ngan pengundi tegar.

Situasi itu sudah tentunya berpunca daripada jalinan kerjasama parti-parti politik dominan dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan apabila ada dalam kelompok penyokongnya masih tidak dapat menerima hakikat sebenar gabungan tersebut.

PH-DAP ­dijangka kekal mendominasi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga dimenangi mereka pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan 12 daripada­nya (bahagian pulau) menang mudah.

Namun, bagi parti gabungan PH-PKR dan PH-Barisan Nasional (BN) yang masing-masing bertanding di 13 dan enam kerusi DUN negeri ini pula, semestinya akan berlaku persaingan sengit melibatkan 11 kawasan tumpuan majoriti pengundi Melayu.

Banyak kemungkinan akan perubahan pola pengundian Melayu boleh terjadi sekiranya ‘rajuk hati’ pengundi PH-BN terutama dalam kalangan penyokong UMNO tidak dirawat, untuk menyakinkan kembali mereka kepada parti yang dianggap ‘keramat’.

Jentera BN khususnya UMNO perlu menggandakan usaha serta berkorban tenaga dan masa berbekalkan hanya dua hari masa berkempen bagi menawan hati penyokong yang kecewa.

Tidak mustahil juga akan berlaku kehilangan kerusi-kerusi BN ini nanti dan kelebihan akan dimanfaatkan oleh parti lawan iaitu Perikatan Nasional (PN).

Bagi PN, mereka dilihat sebagai satu parti alternatif dan mungkin bergantung pada kelemahan pihak pesaing mereka untuk memperoleh sokongan.

Justeru, menggunakan kaedah memujuk mungkin solusi terbaik untuk menarik semula sokongan pengundi tegar termasuk atas pagar, dengan harapan mandat pemerintahan PH kekal di Pulau Pinang.

Memang tidak dinafikan, PH mempunyai rekod cemerlang dan patut diberi pujian apabila berjaya melaksanakan 94 daripada 68 perkara yang dijanjikan dalam manifesto pada PRU 2018.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI