PENDAKWAH bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed kembali bersuara apabila kali ini dia memberi teguran terbuka kepada kumpulan sensasi, Dolla yang baharu tampil dengan single terbaharu berjudul Damelo.
Menurut penceramah yang dikenali dengan kelantangannya itu, dia mempersoalkan penampilan dua daripada empat anggota Dolla yang beragama Islam dengan menyifatkan pemilihan busana mereka sangat keterlaluan.
Akuinya, perkara tersebut disampaikan seorang netizen yang menghantar mesej langsung (DM) berkenaan pemilihan gaya berani kedua-dua penyanyi tersebut.
Tambah pemilik nama Syed Mohd. Bakri Syed Ishak itu, dia berasa sedih apabila garis panduan pemakaian khususnya buat umat Islam sering ‘dilanggar’ dan penguatkuasaan pula masih lemah.
Begitulah yang dikatakan penceramah itu sebagai peringatan buka sahaja kepada Dolla, malah semua individu tidak kira selebriti mahu pun personaliti popular lain.
Mizz Lahar rasa dah banyak kali PU Syed bersuara, jadi dia pun dah lakukan tanggungjawabnya menegur, terpulang kepada masing-masing untuk membuat pertimbangan sendiri.
MIZZ LAHAR: Nampak bahagia, tapi hakikatnya ada pasangan popular ini sudah lama tak tinggal sebumbung.