fbpx

PRN: Rakyat Selangor akan beri ‘knockout’ pada PN Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada program itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor, malam ini

KUALA SELANGOR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat Selangor akan memberi ‘knockout’ kepada Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu ini kerana Kerajaan Perpaduan telah memberi khidmat terbaik sejak lapan bulan lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau dan barisan Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan memiliki keyakinan seperti itu jika Kerajaan Perpaduan tidak buat kerja bersungguh-sunguh.

“Kita jaga setiap bidang, orang paling miskin dan semua sekolah Melayu, Tamil dan Cina termasuk tandas rosak dan bumbung pecah yang wajib segera dibaikpulih tahun ini. Mana Pas dan Bersatu masa kami perintah?

“Tak tahukah sekolah anak-kita boleh biar dalam keadaan belajar macam itu? Orang Selangor patut ajar mereka kali ini dengan beri knockout (kalah mati) kepada PN,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Grand Finale Kuala Selangor di Bestari Jaya di sini, malam tadi.

Jelas Anwar, kerajaan telah mencari wang dan memperuntukkan RM1.4 bilion demi kebajikan sekolah-sekolah di negara ini dan kerajaan juga tidak memaksa majikan atau syarikat menggunakan mekanisme gaji minimum.

“Kita bercadang sediakan wang berjumlah RM2 bilion untuk menambah gaji itu guna duit kerajaan. Sebab apa boleh buat? Sebab kita tak sakau. Kamu boleh maki aku berbakul bakul tetapi aku tidak ambil duit kerajaan.

“Ya, saya pakai kapal terbang kerajaan. Takkan nak naik kapal terbang orang. Polis jaga? Itu tanggungjawab dia. Utusan rasmi dan tidak rasmi dia jaga. Keselamatan Perdana Menteri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI