fbpx

PRN: KJ turun Bertam bantu kempen kawan baik Reezal Merican

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin turun padang menyokong kempen Reezal Merican sambil menyantuni pengundi sekitar DUN Bertam, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – “Satu undi untuk Reezal Merican adalah satu undi untuk Reezal Merican. Tak lebih daripada itu.”

Demiian kata bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika turun berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di pekan lama Kepala Batas, di sini hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, seperti yang dinyatakan ketika turun berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN) DUN Jeram, Datuk Harrison Hassan di Selangor kelmarin, beliau berkempen untuk calon dan bukannya parti.

“Saya datang ke Bertam ini pertamanya atas persahabatan saya dengan Datuk Seri Reezal. Beliau ‘bestfriend’ (kawan baik) saya dalam UMNO. Yang kedua, saya datang sebab saya tahu dia (Reezal) boleh buat kerja.

“Ketiga, saya datang ke sini sebab Bertam adalah kampung Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi). Reezal adalah pewaris perjuangan Pak Lah di sini (Bertam) sebab Pak Lah sudah jadi wakil rakyat di sini sejak tahun 70-an,” katanya.

Abdullah merupakan bapa mentua Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin mendakwa, beliau tahu ramai pengundi di Bertam enggan mengundi calon BN disebabkan faktor-faktor tertentu, tetapi tetap meminta mereka untuk  mengundi Reezal Merican. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI