fbpx

Polis KL hantar 687 anggoga bantu kelancaran PRN di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azry merasmiksn majlis Flag Off Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kuala Lumpur ke Terengganu, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menghantar 687 anggota dan pegawai ke Terengganu bagi kelancaran proses Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15), Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai tiga pegawai terlibat sebagai sebagai pasukan bantuan sumber manusia.

Katanya, empat daerah yang akan dikhususkan menerima bantuan tersebut adalah pada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, IPD Setiu, IPD Kuala Terengganu dan IPD hulu Terengganu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kembali kepada semua petugas akan amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husein sempena pengundian awal PRN15.

“Laksanakanlah amanah ini dengan penuh dedikasi dan berhemah, kekalkan tahap profesionalisme yang tinggi, kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi,” katanya dalam ucapan sempena Flag Off Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kuala Lumpur ke Terengganu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mengharapkan semua petugas mengekalkan imej dan nama pasukan selain menitikberatkan keterampilan diri kerana masyarakat sentiasa menilai.

“Semua petugas perlu memahami dan tanggungjawab sejak mula pusat pembuangan undi dibuka hinggalah ditutup.

“Pecahan penugasan telah disusun bermula dari tugas mengiring peti undi ke pusat mengundi,membuat kawalan keselamatan di pintu masuk, mengawal saluran.

“Selain itu, menguatkuasakan sepenuhnya Seksyen 3 dan Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mengawal lalulintas dan mendirikan sekatan jalan raya,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI