fbpx

Polis kenal pasti pihak jual bintang, darjah kebesaran Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Pahang, Datuk Sri Yahaya Othman, melepaskan anggota PDRM yang akan bertugas di negeri yang terlibat dengan PRN pada Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilhanraya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Polis mengesan pihak yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berikutan kes tersebut masih dalam siasatan.

“Kita turut mengenal pasti platform dalam talian mana yang paling banyak menjalankan kegiatan menjual set darjah kebesaran itu,” katanya selepas Majlis Pelepasan Flag-off Bantuan Sumber Manusia di sini, hari ini.

Sebelum ini, polis menerima laporan berhubung kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang yang dijual pada harga lebih RM1,000 setiap set.

Menurut Yahaya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

Sementara itu, beliau berkata, sebahagian 881 anggota Polis Pahang dari Pekan, Rompin, Maran dan Kuantan bertolak ke lokasi penempatan yang ditetapkan bagi membantu perjalanan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di beberapa kawasan.

“Kontinjen Pahang menghantar pegawai dan anggota ke lima buah daerah di Terengganu iaitu di Besut, Marang, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman. Mereka akan mengawal keselamatan di Pusat-Pusat Mengundi dan di saluran yang ditetapkan.

“Pelepasan anggota polis Kontinjen Pahang dilakukan serentak membabitkan anggota daripada Cameron Highlands dan Lipis yang memulakan perjalanan daripada lokasi masing-masing,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI