fbpx

Polis campur tangan selepas 2 lelaki bergaduh berebut parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota polis mendekati seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian berebut parkir di Temple Street pada Ahad lalu. - Stomp

SINGAPURA – Dua lelaki bergaduh kerana berebut petak parkir kenderaan di Chinatown, Singapura, Ahad lalu, menyebabkan salah seorang daripadanya cedera ringan, lapor laman berita The New Paper.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 petang (waktu tempatan), lapor akhbar Shin Min Daily News.

Anggota polis dilihat menyoal dua lelaki tersebut yang masing-masing berpakaian kemeja hitam dan berbaju putih.

Lelaki berbaju hitam dilihat sedang mencari sesuatu di dalam kereta manakala lelaki berbaju putih kelihatan ditemani seorang wanita yang membawa anak kecil.

Sebuah ambulans turut berada di tempat kejadian kerana lelaki berbaju hitam dikatakan mengalami kecederaan ringan.

“Lelaki berbaju hitam itu memegang sepasang cermin mata pecah yang kelihatan rosak semasa pertengkaran tersebut,” kata seorang pekerja restoran kepada Shin Min Daily News. 

Polis berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dibawa ke hospital, manakala seorang lagi lelaki yang sebaya dengannya sedang membantu siasatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI