fbpx

Penuntut UiTM Azreen Afiza terlantar, derita radang otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizon (kanan) mengelap badan Azreen Afiza yang terlantar akibat radang otak di rumahnya di Desa An-Nur Panji, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Hasrat seorang mahasiswi untuk menghabiskan pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Pentadbiran Pejabat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ‘kelam’ apabila menderita radang otak sejak lima bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan Azreen Afiza Azhari, 23, yang juga pelajar tahun akhir UiTM Kampus Seremban 3 hanya mampu terlantar di rumahnya selain se­ring diserang sawan.

Ibunya, Azizon Abd. Hamid, 46, berkata, sebelum ini, Azreen Afiza pernah menyatakan ­hasrat mahu menanggung keluarga selepas tamat pengajian, namun kini impiannya itu terpaksa dilupakan.

“Selepas disahkan sakit radang otak yang serius, keadaan kesihatan anak saya merosot. Dia kini lumpuh, tidak mampu bertutur seperti dahulu dan sering diserang sawan.

“Luluh hati saya apabila melihat keadaannya ketika ini. Saya tidak menyangka penyakit radang otak ini menyebabkan kea­daan fizikal Azreen Afiza berubah sekelip mata,” katanya di sini baru-baru ini.

Azizon memberitahu, anak keduanya itu merupakan seorang pelajar yang rajin dan menjadi harapan keluarga selepas kakak sulungnya kini menetap di luar negara setelah berkahwin.

“Suami saya, Azhari Mahmood , 51 bekerja sebagai tukang rumah dengan upah sebanyak ­RM60 sehari. Setakat ini, per­belanjaan untuk membeli susu khas, lampin dan peralatan ­perubatan bagi kegunaan Azreen Afiza mencecah RM2,500 ­sebulan.

“Kami juga perlu membayar RM50 sebulan bagi menyewa sebuah mesin sedut kahak dengan sebuah farmasi.

“Dengan keadaan Azreen Afiza yang terlantar, dia perlu dibawa dengan ambulans untuk ­menghadiri janji temu dengan pakar di Hospital Raja Perem­puan Zainab II di sini dengan bayaran RM200 setiap kali perjalanan,” ujarnya.

Azizon berkata, sejak ­akhir-akhir ini, dia mengalami masalah migrain yang serius dan perlu bergilir-gilir dengan ­anaknya untuk menjaga Azreen Afiza.

“Setakat ini, kami masih ­belum menerima bantuan Jabatan ­Kebajikan Masyarakat atau ­Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,” katanya.

Orang ramai yang ingin ­membantu boleh menghulurkan bantuan kepada akaun Bank CIMB, 7050691077 atas nama Azizon Abd. Hamid atau hubungi di talian 017-935 3463.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI