fbpx

Mikrofon Cardi B dilelong RM500,000 di eBay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden Cardi B membaling mikrofon ke arah penonton kini menjadi kes polis.

MIKROFON dilemparkan penyanyi rap Cardi ke arah penonton yang menyimbah air kepadanya bulan lalu dijual dalam platform lelongan eBay dengan harga mencecah hampir RM457,349.

Mikrofon tersebut pada mulanya dijual pemilik The Wave Inc, Scott Fisher yang merupakan syarikat pengeluaran audio berpangkalan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Scott Fisher memberitahu, dia pada mulanya berharap bidaan itu akan mencapai RM22,866 sahaja, namun jangkaan meleset apabila pembidaan tamat pada nilai jualan menghampiri angka setengah juta.

Bagaimanapun, kata Fisherr, kesemua hasil keuntungan akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan.

“Hasil bidaan tersebut disalurkan kepada badan amal veteran Projek Pahlawan Terluka dan Friendship Circle Las Vegas, yang menghubungkan sukarelawan muda dengan orang kurang upaya dan keperluan khas,” katanya.

Menurutnya, syarikat terbabit memberikan sokongan audio kepada banyak pusat hiburan, selain menyediakan peralatan audio kepada Drai iaitu tempat persembahan sejak sembilan tahun lalu.

Terdahulu, seorang peminat menyimbah air minuman ke arah Cardi B ketika dia membuat persembahan di atas pentas di Las Vegas.

Sebagai tindakan balas, penyanyi rap itu melemparkan mikrofon ke arah penonton yang disifatkan biadab itu.

Peminat terbabit didakwa mengajukan laporan polis mengenai kejadian tersebut, namun tiada tangkapan dibuat. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI