fbpx

Malaysia tuai emas pertama CYG 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LI HEN meraih pingat emas pertama Malaysia pada CYG 2023 dalam acara 200m kuak kupu-kupu awal pagi tadi. - MAJLIS OLIMPIK MALAYSIA

PETALING JAYA – Hasrat kontinjen negara untuk meraih pingat emas di pentas Sukan Komanwel Remaja (CYG) 2023 yang berlangsung di Trinidad and Tobago ketika ini akhirnya berjaya direalisasikan.

Perenang muda negara, Goh Li Hen, 17, menghadiahkan kejayaan itu selepas mengungguli acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu pada aksi final di Pusat Akuatik Nasional awal pagi tadi.

Li Hen berjaya merakam masa dua minit 03.63 (s), menewaskan perenang England, Reuben Rowbotham-Keating di tempat kedua (2:03.84s) dan Jarden Dylan Eaton dari Afrika Selatan meraih pingat gangsa (2:06.07s).

Bagaimanapun, catatan dilakukan itu masih jauh jika dibandingkan dengan rekod 200m kuak kupu-kuku kebangsaan iaitu 1:58.99s yang dilakukan oleh Daniel Bego pada Kejohanan Dunia 2009.

Namun, ia membuktikan Li Hen mempunyai masa depan cerah untuk bersaing dengan dalam skuad senior kebangsaan selepas ini seperti Khiew Hoe Yan ataupun Bryan Leong serta Welson Sim.

Menariknya, ini adalah pingat ketiga Malaysia selepas turut meraih satu perak melalui atlet berbasikal trek wanita, Nur Alyssa Mohd Farid dalam acara pecut awal pagi tadi.

Skuad berbasikal sebelum ini cemerlang membuka kempen dengan satu pingat gangsa menerusi kejayaan Lau New Joe dalam acara lebuh raya lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI