fbpx

Ketua polis daerah belasah lelaki digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang ketua polis daerah menendang seorang lelaki di wilayah Binh Phuoc semalam. - VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Seorang ketua polis sebuah daerah di selatan wilayah Binh Phuoc, Vietnam memukul dan menendang seorang lelaki sehingga dia dimasukkan ke hospital, atas alasan menghalang tugas pihak berkuasa, lapor laman berita VnExpress semalam.

Sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) semalam, polis di daerah Binh Son menerima laporan bahawa sebuah basikal roda tiga di kawasan itu mungkin menjadi bukti satu kes kecurian. Ia menyebabkan anggota pihak berkuasa itu datang ke tempat tersebut untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, seorang lelaki, Dau Ngoc Hoan, 30, mendakwa bahawa basikal roda tiga itu adalah miliknya serta tidak membenarkan anggota polis membawanya.

Dalam video yang tersebar di  media sosial, Ngoc Hoan kekal berada di atas basikal itu dan enggan turun. 

Ia membuatkan Ketua Polis Binh Son, Leftenan Kolonel Le Huy Cao menumbuk dan menendangnya berulang kali, menyebabkan lelaki itu berdarah sebelum akhirnya digari.

Timbalan Pengarah Polis Binh Phuoc, Lam Van Long berkata, tugas ketua polis itu digantung bagi membolehkan siasatan dilakukan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI