fbpx

Kertas siasatan The 1975 diserahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kelakuan tidak senonoh dan kenyataan biadap kumpulan pop rock, The 1975.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah merakam 28 keterangan meliputi 17 dari percakapan pengadu selain Jawatankuasa Permohonan
Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (10) dan seorang penganjur.

Katanya, bagaimanapun keterangan daripada kumpulan rock tersebut tidak dapat diambil selepas mereka berlepas keluar dari negara kira-kira pukul 5.30 pagi, 22 Julai lalu.

“Siasatan telah dilengkapkan dan kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, vokalis The 1975 melakukan aksi tidak senonoh dengan mencium rakan sejantinan lelaki iaitu gitaris kumpulannya, Ross Macdonald di atas pentas.

Bukan itu sahaja, vokalisnya turut memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ketika mengulas isu penganjuran mogok lapar di Penjara Sungai Buloh sebelum ini, Hussien menjelaskan masih menunggu penganjur memberikan keterangan bagi melengkapkan siasatan berkaitannya.

“Dia (penganjur) berjanji akan hadir dalam satu atau dua hari. Pada masa sekarang sebanyak 22 keterangan telah direkodkan meliputi 14 peserta himpunan itu termasuk tiga kanak-kanak, selain tiga pegawai penjara dan lima polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI