KAJANG – Honda Malaysia telah melancarkan model City yang dipertingkatkan dengan menawarkan pilihan lima varian pada harga bermula RM84,900.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hironobu Yoshimura, Honda juga memperkenalkan varian petrol RS pada model kali ini.
Katanya, sejak diperkenalkan pada tahun 2002 lebih dari 423,000 unit Honda City sudah berada diatas jalan raya di Malaysia.
“Honda City varian RS juga akan menerima rekaan bampar lebih segar dan jeriji grill Honeycomb baharu.
“Jeriji gril bawah, Rear Diffuser, Side Skirting baharu dan rekaan baharu ‘RS’,” katanya ketika pelancaran model itu di Forest Valley Hall di sini hari ini.
Tambahnya, dari segi saiz panjang model ini ialah 4,589 milimeter (mm), lebar (1,748mm) dan tinggi (1,467mm).
“Varian RS e:Hev, RS Petrol dan V ditawarkan bersama rim bersaiz 16 inci. Varian RS e:HEV juga hadir bersama Low Speed Follow (LSF).
“Honda City varian RS juga akan menerima rekaan bampar lebih segar dan jeriji grill Honeycomb baharu,” tambahnya
Jelasnya, Honda Malaysi menyasarkan jualan sebanyak 2,400 unit sebulan untuk model itu. -KOSMO! ONLINE.