fbpx

Dibuli di pejabat, wanita ambil ubat antidepresi dos tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Akibat teruk dibuli oleh rakan sekerja, seorang wanita mendedahkan dia terpaksa mengambil ubat antidepresi dengan dos yang lebih tinggi.

Perkara tersebut dikongsikannya di akaun TikTok yang berkata, dia didiagnosis major depressive disorder dan dos ubat telah dinaikkan enam kali ganda iaitu daripada 0.5 miligram kepada 30 miligram.

“Situasi dan persekitaran yang toksik di tempat kerja memburukkan lagi keadaan mental saya,” katanya.

Jelasnya, dia mempunyai hubungan tidak baik dengan dua rakan sekerja yang gemar bercakap buruk tentang dirinya sehingga menyebabkan wanita itu membuat keputusan untuk menjarakkan diri.

“Saya tidak tahan dengan mereka yang penuh dengan sifat negatif, bercakap buruk di belakang saya. Pada awalnya, saya tekad untuk tidak makan tengah hari bersama mereka sebab lebih selesa untuk menyendiri.

“Disebabkan itu, mereka mengadu kepada pengurus dengan mengatakan saya bersifat kurang ajar terhadap mereka,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersimpati dengan keadaan yang menimpa wanita berusia 25 tahun tersebut.

“Saya pernah berada di tempat awak. Disebabkan saya tidak mahu makan tengah hari bersama mereka saya diberhentikan serta-merta,” tulis Synthia.

“Saya dipulaukan satu jabatan sebab malas jemput mereka pergi makan tengah hari masa hari Jumaat,” komen Pajira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI