fbpx

Bot menuju ke Malaysia karam, 17 pelarian Rohingya lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA keselamatan Bangladesh berdiri berhampiran pelarian Rohingya yang diselamatkan selepas sebuah bot yang menuju ke Malaysia karam di luar pantai Bangladesh pada 4 Oktober 2022. – AFP

YANGON, MYANMAR – Sekurang-kurangnya 17 orang mati lemas apabila sebuah bot yang membawa pelarian Rohingya dari Myanmar musnah di tengah laut minggu ini, demikian menurut anggota penyelamat.

Seorang penyelamat daripada Yayasan Shwe Yaung Metta, Byar La berkata, lebih 50 orang dipercayai berada di atas bot yang menuju ke Malaysia itu apabila ia mengalami masalah ketika laut bergelora malam Ahad lalu.

“Kami menemui 15 mayat setakat semalam.

“Enam lelaki turut ditemui dalam keadaan selamat dan polis membawa mereka untuk disoal siasat,” ujarnya.

Pasukan penyelamat masih mencari penumpang yang hilang, kata Byar La, manakala angka sebenar penumpang bot itu tidak diketahui. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI