fbpx

Anwar sambut ulang tahun kelahiran ke-76 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Wan Azizah di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun hari kelahirannya yang ke-76 hari ini.

Menerusi perkongsian isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di akaun Instagram, beliau menyampaikan ucapan tersebut dengan memuat naik sebuah video.

Di dalam video itu, Wan Azizah kelihatan teruja dengan melambai suaminya yang baru sahaja tiba dan menghulurkan tangan untuk salam sambil disambut mesra oleh Anwar.

“Setahun meningkatnya umur. Semoga Allah izinkan dipenuhi mawaddah rahmah sakinah dalam iman dan taqwa,” tulisnya pendek.

Di penghujung video itu juga, Wan Azizah berkongsikan gambar dirinya bersama Anwar dan cucu-cucu mereka sambil memuat naik suara ucapan di latar belakang video.

“Happy birthday Papa Tok, we love you so much (selamat hari jadi Papa Tok, kami sayang anda sangat),” ujar ucapan itu.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang menyampaikan ucapan hari kelahiran dan mendoakan agar Perdana Menteri ke-10 itu sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.

“Dua-dua insan yang hebat. Terharunya tengok perjuangan Datuk Seri dan keluarga. Semoga Allah merahmatimu. Selamat hari jadi,” komen Noorhayati.

“Ya Allah, sweetnya (manisnya). Selamat hari jadi Datuk Seri semoga bahagia selalu disamping keluarga tercinta,” komen Lea.

“Semoga diberikan kesihatan baik buat Datuk Seri sekeluarga. Semoga Allah rahmati beliau,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI