fbpx

Anggota polis ditahan bersama syabu RM168,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang anggota polis yang disyaki menjadi tokan dadah sejak beberapa bulan lalu dicekup bersama syabu bernilai RM168,000 di Taman Sejati Indah, di sini pada petang semalam.

Suspek berusia 32 tahun dan merupakan anggota dari Cawangan Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) itu ditahan ketika menunggu pelanggan kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Ketika ditahan suspek cuba menyembunyikan identiti sebenarnya, namun pemeriksaan lanjut mendapati dia merupakan seorang anggota polis IPD SPU berpangkat Lans Koperal.

“Pemeriksaan turut menemui lima bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira 5,291 gram dalam milikannya,” katanya di sini hari ini.

Kata Zaidy, ujian saringan air kencing yang dibuat terhadap anggota yang telah berkahwin itu didapati negatif dan suspek tiada rekod lampau.

“Dadah itu dipercayai untuk edaran di kawasan berkenaan dan boleh digunakan oleh 26,450 orang. Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI