fbpx

Acacia lega Mohamad Safiq diheret ke mahkamah selepas 8 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acacia (kiri) dan hantaran yang dimuat naik di Insta Storynya hari ini.

PETALING JAYA – Seorang jurufoto yang juga mangsa menghendap dan gangguan seksual seorang lelaki selama lapan tahun menarik nafas lega susulan ‘kemenangan’ akhirnya berpihak kepadanya.

Ia susulan mahkamah hari ini memerintahkan lelaki yang membuat gangguan itu, Mohamad Safiq Rosli, 37, menjalankan permerhatian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Wanita tersebut Acacia Mardiana Daud, 31, mengucapkan terima kasih kepada rakan rapatnya, keluarga dan orang ramai atas sokongan dan kekuatan yang diterima selama ini.

Ujarnya, kes yang akhirnya dibawa ke mahkamah ini melibatkan usaha pelbagai pihak khususnya peguamnya yang mengetahui apa yang perlu dilakukan bagi mengheret si pelaku ke mahkamah.

“Saya terjaga pukul 5 pagi dan lihat banyak video dia (suspek) bergari dan diapit polis. Ia adalah kemenangan positif yang perlu saya raikan.

“Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Komunikasi dan Digital dan banyak lagi organisasi lain yang memperjuangkan undang-undang penting ini untuk digubal.

“Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 507A Undang-undang Anti-Stalking yang baharu dimana ia tidak pernah dicetak dalam buku undang-undang,” katanya dalam hantaran di Insta Storynya hari ini.

Tambahnya, kemenangan yang dirai hari ini adalah untuk semua mangsa-mangsa sepertinya dan untuk Malaysia yang lebih selamat.

Dalam pada itu, Acacia turut menggesa mangsa-mangsa diluar sana sepertinya supaya kekal kuat, dapatkan sokongan, dan buat laporan polis dengan segera.

Katanya, menghendap dan menganggu seseorang adalah jenayah yang berleluasa dan menjejaskan ribuan rakyat Malaysia setiap hari.

“Mangsa terpaksa menanggung kesalahan, menukar lokasi, menyesuaikan gaya hidup mereka, hanya untuk hidup aman di negara ini. Walaupun saya berasa sangat kesepian, saya tahu saya tidak bersendirian dalam perjuangan saya.

“Saya bersyukur pengalaman saya tular dan kisah saya didengari oleh ramai pihak. Jadi saya gunakan platform ini untuk memastikan isu ini dipandang serius sebelum lebih ramai mangsa maut.

“Kisah saya bukanlah yang pertama terjadi. Saya sendiri tidak tahu di mana kisah saya akan berakhir, tetapi saya tahu saya perlu mengajak orang lain juga bersama-sama saya,” luahnya.

Hari ini, tertuduh, Mohamad Safiq mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan bekas pereka sambilan itu didakwa menggunakan akaun Twitter “@sopert99” telah secara berulang mengganggu Acacia kepada akaun Twitter “@ShaFoShizzle”.

Lelaki berusia 37 tahun menjadi individu pertama dituduh dibawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan.

Di bawah Seksyen 507A baharu, sesiapa yang berulang kali melakukan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa berkemungkinan menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada seseorang mengenai keselamatannya, boleh disabitkan melakukan kesalahan menghendap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI