fbpx

Status ‘swing state’, harapan PH-BN tawan Kedah cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PILIHAN Raya Negeri (PRN) enam negeri dijangka berlangsung pada Sabtu ini. - GAMBAR HIASAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

ALOR SETAR – Jika dilihat momentum sokongan penyokong yang hadir pada setiap ceramah, Perikatan Nasional (PN) boleh dianggap sudah menang dalam menawan hati rakyat sekali gus berpeluang besar memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Boleh dikatakan, hampir semua ceramah diadakan terutama yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang digelar panglima perang dihadiri ribuan orang dari seluruh negeri ini.

Itu belum termasuk penonton yang mengikuti ceramah secara ‘live’ di media sosial, lebih ramai dan mencecah puluhan ribu.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan Pengerusi PN Kedah yakin dapat mempertahankan kerajaan negeri dengan menang besar iaitu di 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau menjangkakan PH ha­nya boleh menang di tiga kerusi yang merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) iaitu Kota Darul Aman (DAP) serta Bakar Arang dan Sidam (PKR).

Namun, perlu diingat kedudukan PN di DUN Kuah dan Ayer Hangat di Langkawi kelihatan agak goyah selepas berlaku protes oleh ahli Pas kerana calon Bersatu diletakkan di situ, selain bukan anak tempatan.

Ia menyebabkan bekas pimpinan Pas di kawasan tersebut bertanding atas tiket bebas di dua kerusi berkenaan.

Selain itu, beberapa isu dihadapi Muhammad Sanusi iaitu berkaitan kecurian unsur nadir bumi (REE) di samping berdepan pertuduhan di bawah Akta Hasutan serta saman fitnah sedikit sebanyak mencalar imejnya sebagai pemimpin berkredibiliti.

Hubungan tidak baik antara Muhammad Sanusi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bakal menjadi kayu ukur kepada pengundi yang pasti mahukan Kedah menjadi sebuah negeri maju dengan didukung Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, PH dan Barisan Nasional (BN) menggunakan slogan ‘kalih bagi sama’ untuk menawan Kedah dengan menya­sarkan kemenangan di 19 DUN iaitu dengan majoriti mudah.

Justeru, PN tidak seharusnya terlalu yakin memperoleh kemenangan besar pada PRN ini memandangkan status Kedah sebagai ‘swing state’ iaitu pentadbiran negeri sering bertukar dengan dua gabungan itu masing-masing mempunyai peluang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI