fbpx

Rekod lebih 90 peratus keluar undi awal diharap kekal Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera membuang undi dalam proses pengundian awal PRN di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani, semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berharap peratusan keluar mengundi awal yang direkodkan melebihi 90 peratus pada semalam dapat dikekalkan pada hari pengundian, Sabtu ini.

Katanya, beliau bersyukur proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berlangsung dengan lancar.

“Jutaan terima kasih juga buat saudara dan saudari pengundi awal yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan kepada semua anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan masing-masing yang terlibat dengan pengundian awal.

“Tidak ketinggalan kepada pegawai dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah, PDRM, ATM, Jabatan Penerangan, organisasi media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,” ujarnya.

SPR dalam kenyataan semalam memaklumkan seramai 72,554 orang terdiri daripada anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Kedah mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 96.02 peratus diikuti Terengganu 95.91 peratus, Selangor 95.87 peratus, Pulau Pinang 95.01 peratus, Negeri Sembilan 94.05 peratus dan Kelantan 93.90 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI