fbpx

Pencapaian gemilang atlet negara di pentas Universiade

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMMY (tengah) menamatkan penantian pingat emas kontinjen Universiade negara apabila merangkul emas dalam acara Qiangshu pada edisi di Chengdu kali ini.

KONTINJEN negara menutup tirai Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu di China semalam dengan melakar pencapaian penuh gemilang sejak kali pertama mengambil bahagian pada edisi 1985 di Kobe, Jepun.

Kontinjen yang diketuai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Malaysia Pahang, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd. Rusllim Mohamed selaku Chef de Mission berjaya meraih satu emas, satu perak dan lima gangsa.

Lima penampilan terdahulu hanya menyaksikan Malaysia meraih satu perak dua gangsa (Shenzen 2011); tiga perak (Kazan 2013); dua gangsa (Gwangju 2015); tiga perak tiga gangsa (Taipei 2017) dan satu gangsa (Napoli 2019).

Atlet wushu, Tammy Tan Hui Ling mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama negara apabila mengungguli acara Qiangshu.

“Saya sangat berterima kasih kerana diberikan peluang beraksi pada penampilan pertama di pentas Universiade. Pingat emas ini membakar semangat saya untuk terus menempa sejarah buat Malaysia,” kata Tammy.

Tiga lagi gangsa daripada skuad wushu diraih Mandy Cebelle Chen (Taijiquan), Calvin Lee Wai Leong (Nangun) dan Ang Qi Yue (Daoshu).

Dua gangsa negara turut berjaya disumbangkan sukan badminton menerusi pasukan berpasukan campuran dan beregu lelaki, Wong Tien Ci-Liew Xun.

Dua penerjun muda dalam pembikinan, Kimberly Bong Qian Ping-Ong Ker Ying pula memenangi pingat perak tunggal buat Malaysia dalam acara tiga meter (m) papan anjal seirama.

Tiga rekod baharu kebangsaan turut berjaya dipecahkan menerusi bintang olahraga negara, Umar Osman yang memperbaharui catatan 400m sebanyak dua kali dan perenang, Bryan Leong menerusi 50m kuak kupu-kupu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI