fbpx

Pemandu lori didakwa bunuh bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini, atas tuduhan membunuh bapanya sendiri pada awal pagi, Sabtu lalu.

Tertuduh, P. Niruben, 26, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V. Vanita.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah didapati membunuh bapanya K. Paramasivan di antara pukul 12.20 tengah malam sehingga 1.10 pagi di Taman D’ Ambang Kota Lukut.

Oleh itu, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun hingga 40 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN