fbpx

Pelajar UiTM maut langgar MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.50 petang, mangsa adalah seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan MPV itu sedang membelok kanan dari arah Puncak Alam menuju ke sebuah stesen minyak di lokasi kejadian.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS-X dari arah Shah Alam tidak sempat membrek lalu melanggar MPV tersebut.

“Mangsa maut dilokasi kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd. Iqbal menambah siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Sehubungan itu, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI