fbpx

Negara di landasan tepat untuk bangunkan ekonomi- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada kempen PRN di Stadium Paroi, Seremban malam tadi. FOTO FB ANWAR IBRAHIM

PUTRAJAYA – Malaysia kini disifatkan berada pada landasan tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam aspek membangunkan ekonomi negara.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada pihak yang berbicara soal bersih, namun realitinya adalah jauh bertentangan.

“Kuasa yang diamanahkan mesti ditumpu kepada pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat.

“Bukan sibuk ubahsuai kediaman rasmi Perdana Menteri dan susun anak menantu untuk cekau dan sakau projek-projek kerajaan,” katanya menerusi satu hantaran Facebook tadi.

Anwar berkata, lantaran itu rakyat pelbagai kaum mesti berpadu bagi mendukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Terdahulu, Anwar menghadiri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Stadium Paroi, Seremban semalam di mana ia turut dihadiri pemimpin parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

Antara yang hadir ialah pemimpin parti daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Warisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI