fbpx

Najib kemuka representasi kedua kaji 6 pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan representasi kedua agar Jabatan Peguam Negara (AGC) mengkaji enam pertuduhan pecah amanah harta Kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion yang dihadapinya bersama-sama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah.

Representasi pertama bekas Perdana Menteri ditolak tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pihak pendakwaan menerima representasi Najib minggu lalu yang dikemukakan melalui firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co.

Ujar beliau, representasi Najib melibatkan jumlah dokumen yang banyak dan sama dengan lampiran dalam representasi kedua yang dikemukakan oleh Mohd. Irwan.

Muhammad Saifuddin berkata, sehubungan itu pihaknya diarahkan untuk memohon satu lagi tarikh sebutan dalam tempoh dua bulan bagi membolehkan Peguam Negara mempertimbang representasi berkenaan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Husin kemudian menetapkan 12 September ini untuk sebutan kes bagi memaklumkan perkembangan representasi tersebut.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk status representasi kedua Mohd. Irwan yang turut memohon agar enam pertuduhan tersebut digugurkan oleh AGC. Representasi itu dikemukakan pada Mac lalu.

Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Mohd. Irwan selaku tertuduh kedua tiada bantahan terhadap penangguhan tersebut.

Sementara itu, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib juga memohon tempoh penangguhan selama dua minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI