fbpx

Melampau kata saya pemimpin zalim – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bersama penyokongnya pada Ceramah Jelajah Perpaduan di Batu Hampar, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau seorang pemimpin yang zalim sejak memegang jawatan Perdana Menteri lebih lapan bulan lalu.

Beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan telah melaksanakan pelbagai insentif dan bantuan yang memanfaatkan semua lapisan rakyat termasuk kepada negeri-negeri ditadbir pembangkang.

Katanya, peruntukan yang disalurkan kepada Terengganu, Kedah serta Kelantan juga lebih tinggi berbanding sewaktu Pas dan Bersatu menganggotai kerajaan Persekutuan.

“Setiap kali sidang rakyat di Parlimen, saya baca peruntukan untuk semua negeri termasuk negeri pembangkang dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri tahu perkara ini.

“Menteri Besar Terengganu jumpa saya tentang tanah runtuh di Tasik Kenyir, saya terus luluskan RM200 juta untuk pembaikian segera,” katanya pada Ceramah Jelajah Perpaduan di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau juga telah meluluskan peruntukan RM1.7 bilion bagi mengatasi masalah air di Kelantan dengan RM500 juta telah disalurkan kepada kerajaan negeri bagi peringkat pertama.

Beliau berkata, pembangkang bukan sahaja tidak berterima kasih malah tetap memfitnahnya sebagai zalim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI