fbpx

Johan qariah tilawah al-Quran antarabangsa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan sewaktu Roqayah dinobat Tokoh Wanita Terengganu 2010.

KUALA TERENGGANU – Bekas johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Datuk Rogayah Sulong, meninggal dunia hari ini.

Beliau yang juga bekas Tokoh Wanita Terengganu 2010 menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 81 tahun akibat komplikasi buah pinggang.

Anak Allahyarham, Mohd. Azahari Awang, 52, berkata, ibubya meninggal dunia pada pukul 8.15 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

“Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu (Isnin) berikutan tahap kesihatannya agak merosot. Walaupun kurang sihat, arwah tetap mengingati ayat-ayat suci al-Quran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sewaktu hayatnya, Rogayah merupakan juara qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pada 1963, 1973, 1974, 1978 dan 1979.

Allahyarham juga turut bergelar johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa pada 1974 dan 1978. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI