fbpx

Jangan raih kepentingan politik dengan langgar Rukun Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

SHAH ALAM – Polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana melanggar prinsip rukun negara bagi meraih kepentingan dalam politik.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini termasuk ada usaha meraih sokongan politik dengan merendahkan institusi diraja.

“Kalau betul-betul memahami dan memegang serta menghayati rukun negara pastinya akan negara akan menuju landasan betul.

“Ini tiang seri, kalau tarik salah satunya akan menyebabkan negara runtuh.Adakah kita mahu menuju ke negara republik dan membangkitkan isu tersebut untuk memastikan orang muda benci institusi diraja.

“Ada ruang dan tempat untuk menyuarakan ketiakpuasan hati tetapi jangan sesekali menggunakan tiang seri (rukun negara) untuk kepentingan politik,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau menjadi panel pada program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan PDRM bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, di sini.

Beliau menjelaskan dalam konteks kenegaraan melibatkan kesopanan dan kesusilaan harus dipegang dalam adab kita menyatakan sesuatu.

Ujarnya, terdapat juga pengeksploitasian melibatkan isu perkauman yang dimainkan yang boleh mengancam negara.

“Kita orang Malaysia khususnya orang Melayu penuh dengan adab. Kalau pegang (rukun negara) tidak timbul isu-isu seperti ini.

“Kesemua benda terutama termasuk hak Orang Melayu dan Bahasa Melayu telah ada dalam perlembagaan. Kita sudah 66 tahun kita merdeka bukan 66 bulan dan enam tahun,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI