fbpx

Duit Dini Schatzmann banyak habis, kembali kerja keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dini Schatzmann mengakui wang banyak habis selepas berkahwin namun status sebagai seorang suami merupakan tanggungjawab yang perlu digalasnya sebaik mungkin.

PUTRAJAYA – Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dini Schatzmann bersama isterinya yang juga pelakon, Janna Nick bakal berpindah ke rumah baharu sekitar penghujung bulan ini.

Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 28, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, dia bersama Janna akan berpindah ke rumah baharu mereka yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu memberitahu, dia kini perlu bekerja keras kerana telah banyak berhabis ketika majlis pernikahannya pada Jun lalu.

“Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.

“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.

Dini yang ditemui semasa sidang media dan tayangan perdana filem Malbatt: Misi Bakara turut berkongsi kehidupannya selepas bergelar seorang suami.

Kata pelakon drama Cik PA Tuan Ash itu, tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selepas bergelar suami memandangkan dia dan juga Janna menjalani kehidupan seperti biasa.

“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi.

“Selepas berkahwin, kami pun tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing,” jelasnya.

Terdahulu, Dini dan Janna sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu.

Pasangan sejoli itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Pada majlis pernikahan tersebut, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin tersebut dipilih sebagai simbolik kepada tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI