fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di hampir seluruh negara pada sebelah pagi hari ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang hanya diramal berlaku melibatkan beberapa kawasan di Sarawak sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Antaranya adalah Kuching dan Serian,” kata MetMalaysia.

Sementara itu,  MetMalaysia turut menjangkakan cuaca cerah di Semenanjung dan sebahagian besar kawasan Sabah serta Sarawak bakal berlanjutan sehingga ke tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI