fbpx

Azmin dedah punca ‘berubah hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin ketika ditemu bual dalam podcast Keluar Sekejap, malam tadi

PETALING JAYA – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengakui kesetiaannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pudar walaupun sudah bertahun-tahun bekerja bersama sebelum ini.

Tambah Mohamed Azmin yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden PKR, beliau mula berubah hati selepas kesetiannya tidak dihargai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

“Bukanlah saya hendak beliau (Anwar) mengiktiraf kesetian saya kepada beliau dan keluarga ketika beliau berada di dalam penjara. Namun saya lihat, beliau (Anwar) tidak ada rasa hormat atau berterima kasih kepada saya dan rakan-rakan yang membantu beliau.

“PKR ini bukan dibina oleh beliau, saya dan rakan-rakan yang membangunkan parti ini kerana beliau (Anwar) sedang dipenjara ketika itu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam temu bual program Keluar Sekejap yang dikelolakan olehh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, malam tadi.

Tambah Mohamed Azmin, beliau menantikan perubahan dari dalam diri Anwar sejurus beliau dibebaskan dari penjara, bagaimanapun perkara sebaliknya pula berlaku di mana Anwar dilihat lebih gemar menaruh dendam sehingga hari ini.

“Saya menafikan saya berdendam disebabkan konflik antara saya dan Anwar yang tidak pernah dipertimbangkan sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.

“Semua ahli politik mempunyai cita-cita tersendiri, sudah tentulah kita ingin maju ke tahap yang lebih tinggi. Namun, kita masih menghormati proses dalam kerajaan dan dalam parti.

“Kalau saya nak jadikan itu sebagai alasan, saya boleh guna alasan sama pada tahun 2008, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilantik menjadi MB padahal dia menyertai politik selepas saya,” katanya.

Tegas Azmin, beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sejak tahun 1999 dan merupakan antara ahli PKR yang terawal berkhidmat kepada rakyat.

“Saya tidak kecewa, malah pada waktu itu, saya tidak dilantik menjadi exco sekalipun apatah lagi sebagai menteri besar.

“Tetapi saya tetap berkhidmat kepada parti, saya kerja kuat dan PKR menang sekali lagi di Selangor pada tahun 2013. Bagaimanapun, saya masih lagi tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pengiktirafan daripada parti,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI