fbpx

Anak Allahyarham Salahuddin sebak cabut plat nama di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatihah hadir ke Parlimen semalam untuk mencabut plat nama Allahyarham Salahuddin. - Foto Twitter Fatihah

PETALING JAYA – Anak bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub sebak tatkala mencabut plat nama Allahyarham di Dewan Rakyat, semalam.

Fatihah menerusi akaun Twitter memuat naik gambar serta video hadir ke Parlimen bagi mencabut plat memaparkan nama dan gambar Allahyarham Salahuddin.

“Saya pakai baju ayah ke Parlimen untuk cabut plat nama dia pada pagi hari ini (semalam). Saya menangis sebaik sahaja kaki melangkah di dalam Parlimen.

“Terasa baru semalam kami berkempen untuk dia di Pulai. Sekarang mandat itu dikembalikan kepada rakyat,” katanya pada hantaran itu, hari ini.

Kosmo! pada 23 Julai lalu melaporkan, Salahuddin disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.23 malam.

Salahuddin, 61, disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Beliau ditidurkan selepas selamat menjalani pembedahan di hospital tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI