fbpx

PRN: Kerajaan Perpaduan boleh tumbang jika menang 6 negeri – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tengah) bersama penyokong pada Program Mai Sat Menteri Besar Kedah di Gelanggang Sepak Raga Tuju, Taman Tunku Yaakob, di Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terus memberi keyakinan kepada penyokong gabungan tersebut bahawa Kerajaan Perpaduan boleh ditumbangkan sekiranya PN menang di kesemua enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk ketika ini boleh ditumbangkan seawal bulan ini jika perkara itu berlaku.

“Semalam Perdana Menteri kata nak ubah kerajaan kena keputusan Ahli Parlimen, bukan keputusan PRN. Hoi Anwar, kalau enam negeri ini hang kalah, ahli-ahli Parlimen pun tak sedap tahu nak duduk dengan hang.

“Pasal hang telah hilang sokongan daripada segi moral. Rakyat telah beri referendum, petunjuk dan isyarat untuk hang ‘blah’.

“Pasal rakyat tak mahu hang, maka ahli-ahli Parlimen yang geli kaki nak pegang jawatan lama, mereka kena ‘lari’,” katanya ketika menyampaikan menyampaikan ceramah pada Program Mai Sat Menteri Besar Kedah di Gelanggang Sepak Raga Tuju, Taman Tunku Yaakob, di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan Ahli Parlimen untuk ‘lari’ itu tidak akan dibuat secara sendirian kerana perbuatan itu akan menyebabkan mereka hilang jawatan.

“Dia bukan lari seorang-seorang tetapi lari segerombolan, barulah tak jatuh (hilang jawatan). Jika keseluruhan parti keluar daripada bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), maka mereka tak hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

“Barisan Nasional (BN) keluar, parti Sabah dan Sarawak pun keluar. Hang nak tinggal berapa orang? ‘Babai’ sungguhlah bulan lapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI