fbpx

PRN: 6,839 pengundi awal PDRM Kedah buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis (dari kiri) Lans Koperal Anisa Helda anak Karlo, 30; Koperal Noorizan Mohamed Zawawi, 37; Lans Koperal Nur Khairiah Othman, 28, dan Koperal Nadia Mohd. Faizal, 30, selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di IPK Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Sebanyak 6,839 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah serta pasangan melaksanakan tanggungjawab membuang undi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di seluruh negeri ini.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, jumlah itu membabitkan 710 pegawai dan 5,976 anggota di empat saluran mengundi.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk 153 pengundi dalam kalangan isteri anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Bukit Kayu Hitam dan Kulim, dekat sini.

“Daripada jumlah itu, seramai 875 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah membuang undi di IPK Kedah

“Sehingga sekarang perjalanan proses membuang undi berjalan lancar,“ katanya ketika ditemui di IPK Kedah di sini hari ini.

Kata beliau, sebahagian pegawai dan anggota lain membuang undi di balai polis di kawasan masing-masing.

“Polis Kedah menyasarkan 100 peratus pengundi awal PDRM ini akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, proses pembuangan undi awal dilakukan pada pukul 8 pagi hingga 5 petang ini membabitkan 38 saluran di 21 pusat mengundi awal.

PRN Kedah membabitkan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan keseluruhan 1,585,085 pengundi berdaftar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI