fbpx

Anwar gesa pertahan Aminuddin sebagai Menteri Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar sewaktu berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di Dataran Kampung Pachitan, Port Dickson malam ini. Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

PORT DICKSON – Kedudukan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan wajar dipertahankan bagi mempermudah dan melancarkan kerjasama antara gabungan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut juga adalah bagi meneruskan perancangan dan memastikan kelangsungan kerja yang telah dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Aminuddin sebelum ini.

“Inilah politik sekarang ini, saya mahu huraikan, pertahankan Aminuddin sebagai Menteri Besar. Ini memudahkan lagi untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah di Dataran Kampung Pachitan, di sini malam ini.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, penduduk Port Dickson begitu berjasa kepada beliau dan kawasan Parlimen itu amat ‘istimewa’ buat dirinya.

“Orang Port Dickson berjasa pada saya, bukan saya mahu lari dari Port Dickson ini ke kawasan Tambun tetapi di ssitu (Tambun) adalah kawasan musuh. Port Dickson sudah kuat dan calon baik, saudara Aminuddin saya serahkan (Port Dickson). Saudara, kawan-kawan kena tahu ini, ini ujian pertama boleh bertanding jadi, saya tidak boleh lupa Port Dickson.

“Kawasan Parlimen yang istimewa bagi saya tentunya Permatang Pauh, kedua Port Dickson dan ketiga Tambun kerana saya wakil Tambun sekarang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI