fbpx

Amanah letak Khalid Samad sebagai calon di PRK Parlimen Pulai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid.

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor tidak menolak khabar angin kemungkinan Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad disenaraikan sebagai calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, perkara itu tertakluk kepada keputusan dibuat kepimpinan pusat, dan pihaknya akan akur dengan ketetapan.

Walau bagaimanapun, pihaknya tetap berharap calon bagi PRK Parlimen Pulai dan juga PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram adalah individu tempatan yang mempunyai sokongan akar umbi.

“(Pencalonan Khalid Abdul Samad) Itu terpulang kepada kepimpinan pusat, kerana keputusan akhir mereka yang tentukan, kita di peringkat negeri akan senaraikan calon-calon yang dirasakan layak, mempunyai kaliber dan berintegriti.

“Tetapi apa yang penting kita mahukan calon itu mestilah anak tempatan dan juga orang Johor, tetapi kalau kepimpinan pusat buat keputusan lain kita ambil maklum,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Amanah Johor, di Kangkar Pulai, di sini semalam.

Aminohuda (lima dari kiri) bersama Dzulkefly (tiga dari kanan) dan Suhaizan (empat dari kiri) serta kepimpinan Amanah selepas Mesyuarat Penyelarasan Amanah Johor di Kangkar Pulai, Johor Bahru semalam. – Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad; Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat serta barisan kepimpinan Amanah Johor lain.

Aminolhuda yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading itu turut memberitahu, ketika ini pihaknya baharu menerima satu pencalonan bagi kerusi Parlimen Pulai, manakala bagi kerusi DUN Simpang Jeram pula, masih tiada nama diserahkan peringkat bahagian.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.

PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI