fbpx

Zii Jia tekad kembali prestasi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA menarik nafas lega apabila menamatkan badi kekalahan awal selepas tewas pada separuh akhir Terbuka Australia kepada Hong Yang. - AFP

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia perlu segera kembali pada prestasi terbaik apabila sekali lagi kempunan untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia.

Kelmarin, bekas juara Seluruh England (All England) tersebut tersingkir di pusingan separuh akhir selepas tewas dalam aksi tiga set 19-21, 21-13, 13-21 kepada pemain China, Weng Hong Yang.

Walaupun tewas, namun Zii Jia mampu menarik nafas lega memandangkan dia akhirnya dapat menamatkan badi kekalahan awal selepas tewas di pusingan pertama empat kali berturut-turut sebelum ini.

“Saya sudah cuba melakukan yang terbaik tetapi Weng (Hong Yang) bermain dengan sangat baik. Dari aspek fizikal dan mental, dia ada kelebihan dan lebih bersedia. Saya tetap gembira dengan keputusan ini.

“Bagaimanapun, secara peri­badi masih ada banyak yang perlu saya lakukan selepas ini bagi mendapatkan semula keyakinan. Saya tahu ini adalah prosesnya dan saya perlu lebih bersabar,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pemain yang menghuni ran­king ke-17 dunia tersebut kini memiliki masa lebih kurang dua minggu bagi melakukan persiapan menjelang Kejohanan Badminton Dunia yang dijadualkan berlangsung di Copenhagen, Denmark bermula 21 hingga 27 Ogos ini.

Memandangkan dia kini tidak lagi menjadi pemain tumpuan kerana sudah terkeluar daripada kelompok 10 teratas, Zii Jia mengakui, ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya untuk bermain dengan lebih tenang.

“Sangat bagus dapat bermain tanpa sebarang tekanan kerana kedudukan ranking saya yang rendah. Saya mengejar pemain yang berada di kedudukan lebih tinggi. Sebaik sahaja anda naik, tekanan pasti ada dan itu adalah cabaran untuk kami semua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN