fbpx

Taib Mahmud semakin sihat, masih bersama isteri di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib -GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dilaporkan masih berada di Turkiye dalam keadaan yang baik.

Menerusi perkongsian isterinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib di InstaStory semalam, kelihatan pasangan suami isteri sedang bersantai di sebuah kafe.

Dalam perkongsian itu juga, kedengaran suara latar Ragad yang menyapa suaminya serta pengikut di Instagram.

“Happy Sunday to everyone. (Selamat berhujung minggu semua). Hello Tun. Hello husband (suami). I love you (Saya cinta kamu). We all love you (Kami semua sayangkan kamu). Long live insya-Allah (Kehidupan lebih panjang, insya-Allah,” kata Ragad.

Difahamkan, selain bercuti, Abdul Taib ke Turkiye adalah untuk menjalani prosedur pembedahan ringan bagi membaiki ususnya akibat jangkitan barah sebelum ini.

Terdahulu, tular berita tidak benar mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib di media sosial sehingga ada pihak mendakwa beliau telah meninggal dunia.

“Astana Negeri Sarawak berharap rakyat sentiasa bersabar dan tidak mudah terpedaya dengan berita atau spekulasi yang tidak sahih mengenai tahap kesihatan Tun Abdul Taib Mahmud,” kata Astana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI