fbpx

Syria, China ujian sebenar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON (tengah) diyakini sudah merangka perancangan tersendiri untuk menyiapkan pasukan terbaik untuk aksi persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu bulan depan.

AKSI persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu, bulan depan akan menjadi ujian sebenar skuad Harimau Malaya untuk tampil lebih baik, sekali gus cuba menempatkan diri dalam kelompok 15 terbaik Asia.

Ia juga pentas terbaik buat Kim Pan-gon membuat penilaian penuh memandangkan Harimau Malaya bakal menghadapi Pestabola Merdeka pada Oktober dan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November depan sebelum bermain di pusingan akhir Piala Asia, Januari tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau yakin Pan-gon sudah me­rangka perancangan tersendiri untuk menyiapkan pasukan dengan lebih baik.

“Dia (Pan-gon) tahu apa nak buat dan saya pun selalu berkongsi idea dengan dia. Inilah masanya kita lawan pasukan yang sepatutnya kita jumpa dan inilah permulaannya apabila kita akan bermain di luar negara.

“Tidak bolehlah kita terus nak kalahkan Brazil dan saya lihat dua perlawanan ini adalah ujian yang bagus buat Pan-gon melihat semula pasukan ini, belajar sesuatu daripadanya.

“Sama juga dengan Pestabola Merdeka dan pusingan kelayakan nanti, sudah tentu kita nak masuk dalam kelompok 15 terbaik Asia kerana sekarang kita di ranking lebih bawah. Harap kita mampu terus konsisten seperti sebelum ini,” katanya.

Pada undian kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan lalu, Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan dan pemenang peringkat kelayakan pertama antara Taiwan dan Timor Leste.

Pada aksi pertama November ini, Malaysia dijadualkan bertemu Kyrgyzstan sebelum melengkapkan aksi tahun ini menentang Taiwan atau Timor Leste.

“Dari dulu lagi dia (Pan-gon) tidak bereksperimen kerana dia ada taktikal tersendiri. Inilah masanya kita jumpa pasukan yang ranking lebih tinggi dan tidak boleh lagi jumpa pasukan yang selalu kita jumpa.

“(Pada Piala Asia) siapa pun lawan kita tetap akan jadi masalah jika kita tidak buat persiapan dengan betul. Seperti yang saya maklumkan kepada Pan-gon, kita kena persiapkan ‘rumah’ kita dulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI