fbpx

Sinead O’Connor akan dikebumikan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sinead O'Connor - Foto AFP

DUBLIN, Ireland –  Penyanyi terkenal kelahiran Ireland, Allahyarham Sinead O’Connor akan dikebumikan esok, kata keluarganya yang mengesahkan laporan akhbar The Sun semalam.

Ikon muzik itu meninggal dunia di flatnya di tenggara London pada Rabu lalu pada usia 56 tahun.

Kematian penyanyi itu mencetuskan kesedihan di kebanyakan tempat di dunia termasuk di Ireland dan di Britain, manakala punca kematiannya tidak didedahkan.

Dalam satu kenyataan yang mengesahkan butiran pengebumian itu, keluarganya memberitahu bahawa penyanyi itu suka tinggal di bandar Bray, Ireland.

Bermula dari pukul 10.30 pagi esok, perarakan pengebumiannya akan bergerak di sepanjang pinggir laut di Bray.

Ia akan bermula di Harbour Bar ke sepanjang pinggir laut ke hujung Strand Road sebelum keluarganya meneruskan pengebumian peribadi.

Dia yang sudah bercerai dan mempunyai tiga anak yang masih hidup serta merancang untuk mengeluarkan album baharu pada tahun depan memeluk agama Islam pada 2018. – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI